Ramai yang tak tahu cara menyediakan makanan yang sedap dan selamat untuk keluarga.
Bukan hotel je perlu tahu hal berkenaan keselamatan makanan. Masak di rumah pun perlu tahu tau.
Apa Masalah Yang Akan Jadi Kalau Tak Ada Ilmu Keselamatan Makanan?
7 perkara yang akan berlaku kepada peniaga makanan atau surirumah bila tak tahu tentang keselamatan makanan.
Makanan disediakan berisiko untuk menjadi punca penyakit seperti cirit birit.
Makanan yang disediakan kelihatan tidak segar
Kurang mendapat kepercayaan dari pelanggan atau ahli keluarga
Gagal untuk memilih pembekal yang mampu menyediakan bekalan bahan mentah yang selamat
Mengambil masa yang lama untuk menyediakan makanan kerana tidak pasti cara yang betul
Penyediaan makanan yang salah menyebabkan makanan yang dihidangkan akan hilang kandungan zat
Sukar untuk meluaskan perniagaan kerana tidak mempunyai ilmu keselamatan makanan dan tidak mematuhi piawaian yang ditetapkan.
InshaAllah, Saya Sedia Berkongsi Ilmu Dengan Anda
Siapa Saya?
Puan Tosiah Abdullah atau lebih mesra dengan panggilan Kak Tos merupakan bekas kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia sebagai Juruanalisis Makanan di Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan sehinggalah beliau bersara.
Mempunyai 30 tahun pengalaman dalam bidang Keselamatan Makanan, Kak Tos juga mempunyai minat yang mendalam dalam bidang masakan. Beliau popular dengan hidangan pulut kuning serunding sorok yang sangat sedap dimakan bersama rendang daging atau rendang ayam dan dengan hiasan bunga dari carrot, telur puyuh, ubi bit yang sangat kreatif.
Selain dari pulut kuning yang sedap, Kak Tos juga sering menerima tempahan kuih seri muka, kuih talam, kek pucci gedik dan jelly diva yang sangat istimewa bukan setakat dari segi rasa tapi juga dari sudut dekorasinya sehinggakan kita sendiri rasa “sayang nak makan”.
Kini, selepas bersara, kombinasi minat dalam bidang masakan dan juga kepakaran dalam bidang Keselamatan Makanan, Kak Tos suka untuk berkongsi ilmu dan pengalamannya melalui ebook pertamanya “Masak..Masak..Jadi” dan juga melalui kelas-kelas masakan yang diadakan.
Puan Tosiah, ibu kepada 5 anak remaja ini, bersedia untuk berkongsi ilmu keselamatan makanan yang sesuai untuk semua pengusaha industri makanan di Malaysia di mana dengan ilmu ini dapat membantu lebih ramai peniaga dan penyelia makanan dalam menyediakan hidangan yang selamat kepada pelanggan dan sudah pasti hidangan makanan yang selamat dapat meningkatkan kepercayaan pelanggan kepada peniaga makanan.
Selain dari itu, ilmu keselamatan makanan yang Kak Tos kongsikan juga dapat membantu surirumah, para isteri dan para ibu untuk menyediakan makanan yang sedap dan selamat untuk keluarga masing-masing.
Harapan Kak Tos, lebih ramai orang dapat manfaat melalui ebook “Masak..Masak..Jadi” dan dapat meningkatkan kesedaran berkaitan dengan keselamatan makanan.
Makanan - boleh menggembirakan seseorang dan juga boleh mendukacitakan jika tidak dikawal dan diberi perhatian dari sudut keselamatannya. Semoga makanan yang kita makan bukan sahaja baik untuk tubuh badan, juga baik dan halal untuk pembangunan jiwa.
Puan Tosiah Abdullah
Saya Suka Berkongsi Ilmu Tentang Keselamatan Makanan Di Dalam Kelas-Kelas Berikut
Kelas Keselamatan Makanan Untuk Peniaga Makanan
Bagaimana Membuat 3 Jenis Kek Pucci
Kelas 3 Jenis Kuih Talam Sedap
Kelas Pulut Kuning Dan Rendang
Kelas Dekorasi Pulut Berhias
Kelas Kek Batik Arts
Ini Solusi Untuk Anda
Memperkenalkan ebook:
Masak..Masak..Jadi
Yang kami berikan secara PERCUMA kepada anda.
Ebook ini disampaikan secara santai dan dipenuhi juga dengan tips-tips yang mudah diamalkan oleh surirumah dan peniaga makanan.
Apa Yang Ada Dalam Ebook Ini?
Di dalam ebook ini Kak Tos akan kongsikan tentang keselamatan makanan dan resepi mudah lengkap dengan maklumat ringkas tentang keselamatan makanan.
Apa Itu Keselamatan Makanan
Kenali Pelbagai Jenis Tepung
Resepi Kek Pucci Jelyta
Resepi Talam Seri Muka Pandan
Resepi Pulut Kuning Sedap Berlemak
Resepi White Choc Macadamia With Salted Caramel.
Apa kata mereka?
Nur Farahain Ahmad Baharin
Setiausaha Pejabat Putrajaya
"Kuih talam yg Puan Tos masak memang sedap, cukup rasa dan tak manis sangat. Lemak masinnya cukup."
Haniza Ayu Ahmad
Setiausaha Pejabat Puchong
"Lepas makan kuih talam yang Puan Tos masak, tak hairan dah dengan kuih yang lain, selalu bawa balik bagi anak anak rasa, mereka puji kuih ni sedap."
Norhidayah Sahray
Penolong Pengarah Kanan Selangor
“Air tangan yang tak pernah tak sedap. Pulut lembut, berlemak. Dipadankan dengan rendang sangat sedap, cukup semua rasa. Hiasan pun cantik dan kreatif. Sesuai untuk semua acara.”
"Jarang jumpa kuih talam serimuka pandan yang
kena dengan selera. Tekstur yang lembut, rasa lemak manis dengan aroma pandan memang sedap. Sekali cuba pasti nak lagi."
Roslinda Yahaya Surirumah
Selangor
"Pulut kuning berhias sangat sesuai dijadikan hantaran bukan sahaja cantik dan digubah dgn teliti malah rasanya sangat sedap dan kekal lembut hingga ke malam."
Step Untuk Dapatkan Ebook ini:
1
Isikan info anda dalam borang yang disediakan
2
Tekan butang "Hantar Maklumat"
3
Anda akan dibawa ke page baharu untuk download ebook
Mudah saja, isikan maklumat anda & Ebook akan diemelkan kepada anda dengan kadar segera.
Cepat ye! Sebelum Link ditutup.
Untuk pertanyaan lanjut tentang latihan / program yang kami berikan, hubungi kami di:
Dengan mengakses laman web ini, anda memahami dan bersetuju bahawa TOSIAH ABDULLAH adalah entiti berasingan daripada Facebook atau syarikat-syarikat berkaitan dengan Facebook. Kami tidak mempunyai kawalan ke atas sebarang tindakan atau polisi yang diterapkan oleh Facebook atau syarikat-syarikat berkaitan dengan Facebook. Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila hubungi kami melalui maklumat yang disediakan di laman web ini.
Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan atau keraguan mengenai pernyataan di atas, sila hubungi kami untuk maklumat lanjut.
Terima kasih atas kunjungan anda ke laman web rasatoast.com